Kehidupan dan kerjaya Zach Sobiech

Zachary melanjutkan pendidikan di St. Croix Catholic School in Stillwater, MN. Kemudian, beliau bersekolah di Stillwater Area High School. Pada usia 14 tahun, Sobiech disahkan menghidap penyakit esteosar, sejenis kanser tulang yang sering menyerang kanak-kanak.[3] CBS melaporkan bahawa beliau menjalani 10 kali pembedahan dan 24 kali kemoterapi.[4] Beliau sendiri mula menulis lagu setelah mengetahui penyakit tersebut.[5]

Pada Mei 2012, doktornya mendiagnosis umur hayat Sobiech hanya berbaki setahun.[6] Beliau merakamkan lagu berjudul "Clouds" yang berkisarkan tentang perjuangannya menentang kanser.[7] Ia dikeluarkan di YouTube pada Disember 2012 dan video tersebut tular dengan 3 juta penonton sewaktu kematiannya. Video itu telah mencapai 19 juta penonton dan terus meningkat.[8]

A Firm Handshake

A Firm Handshake
Tahun aktif2012–2013
Syarikat rakaman
Rock the Cause
AhliSammy Brown
Reed Redmond
Bekas ahliZach Sobiech

Sebelum kematiannya, Zach Sobiech menyertai sebuah kumpulan muzik dikenali sebagai A Firm Handshake dengan bersama rakannya Samantha "Sammy" Brown dan Reed Redmond.[1] EP pertama dan satu-satunya dari band ini, Fix Me Up, dikelurkan secara digital pada awal tahun 2013,[9] menduduki carta lagu Amerika Syarikat, England, dan Kanada. Single sulung mereka berjudul "How to Go to Confession" bersama Sammy Brown.

Rujukan

WikiPedia: Zach Sobiech http://www.ultratop.be/fr/showinterpret.asp?interp... http://www.allmusic.com/artist/p2825605/charts-awa... http://www.billboard.com/articles/news/1563117/zac... http://www.billboard.com/articles/news/1563578/zac... http://minnesota.cbslocal.com/2013/05/20/teen-whos... http://www.cnn.com/2013/05/20/health/sobiech-viral... http://www.csmonitor.com/The-Culture/Music/2013/05... http://fox2now.com/2013/05/23/viral-video-sensatio... http://www.lescharts.com/showinterpret.asp?interpr... http://www.nydailynews.com/news/national/teen-wrot...